Dari kecik sampai besar, sampai sekarang, aku tak suka bila aku diberi pilihan. Sebab aku tamak. Kalau boleh aku tak nak pilih antara pilihan tu. Aku nak semua. So, kalau ada perkara yang membuatkan aku perlu membuat pilihan, aku akan biarkan je. Bila dah sampai masanya, aku akan tengok keadaan sekeliling berat ke arah pilihan yang mana. Maksud aku keadaan sekeliling tu adalah family dan situasi. Depends. Setiap orang tu kan berbeza. So, tolonglah jangan samakan situasi aku dengan korang. Aku tak suka ada perbandingan. Mungkin lumrah anak sulong. Kalau boleh semua nak dia yang menang. Nak plak style aku yang memang macam anak bongsu. Dah biasa dimanjakan. Tapi keluarga manjakan pun memang berpada-pada. Tak de lah sampai manja tahap tak boleh ditegur. Ok lah. Kita jumpa lagi di lain waktu.
Friday, February 28, 2014
Farah
Aku ada sorang officemate nama dia Farah. Dia sangat kecik dan comel. Baik pulak tu. Lepas tu dia buat keje punya la cepat. Celah gigi je dah boleh siap. Gila tak terror tu? Kau ada? Haha k bye.
Tuesday, February 25, 2014
Keyboard Warrior
Topik hot chat pagi ni kat hot fm adalah Keyboard Warrior. Terpanggil untuk mengulas, ada baiknya kita bincangkan isu ni. Kadang- kadang aku rasa manusia ni dia ingat Public Figure ni macam malaikat kot. Semua perkara pun kena nampak perfect. Kalau tak perfect pasti ada mulut yang mengata. Mengata kat sini maksudnya meluahkan di dalam media sosial macam facebook, twitter dan banyak lagi. Aku faham sebagai seorang yang dikenali ramai, banyak perkara yang do and don't. Tapi kita sebagai peminat ni apa la salahnya terapkan dalam minda, dia pun manusia biasa, biasa melakukan kesilapan. Beza dia mungkin bila dia tersilap je, takut ada segelintir peminat fanatik yang mengikuti cara dia. Apapun, setiap orang harus menilai diri masing-masing sebelum kita nak menghakimi orang. Ok? Jangan ada benci antara kita. Sekian.
Saturday, February 22, 2014
Love is...
Love is to be true, to be honest and to be loyal. Kenapa 3 perkara ni yg aku tekankan? To be true, membawa maksud menjadi diri sendiri. Ramai yg dlm tak sedar mencintai tp perlahan-lahan berubah menjadi org lain semata nk lebih dicintai. Tak perlu dihuraikan lagi, cukup anda sendiri faham.
To be honest, jujurlah dengan pasangan masing-masing walau kejujuran itu kadangkala berat utk diterima. To be loyal, kesetiaan tu penting dlm setiap perhubungan. Jagalah cinta dengan 3 perkara ini. InsyaAllah, panjang jodoh kita.
Lagi 1 aku nk pesan, bercinta tu biarlah berpada. Jangan sampai bila jodoh tak panjang, mula lah tak tentu arah. Kalau bercinta skalipun, janganlah kita terlupa pd yang Maha Esa (Allah s.w.t). Tanpa izin dari-Nya tak ke mana cinta kita tu. Jangan abaikan keluarga dan jangan sisih kawan-kawan.
Lagi 1 aku nk pesan, bercinta tu biarlah berpada. Jangan sampai bila jodoh tak panjang, mula lah tak tentu arah. Kalau bercinta skalipun, janganlah kita terlupa pd yang Maha Esa (Allah s.w.t). Tanpa izin dari-Nya tak ke mana cinta kita tu. Jangan abaikan keluarga dan jangan sisih kawan-kawan.
2014
Terasa dilahirkan semula. Dah lama aku tinggalkan bidang penulisan. Dlm pahit jerih memang teringat nk menulis, tp masa dan diri sendiri tak mengizinkan. Dalam tempoh yg senyap, aku belajar banyak benda sekeliling. Belajar juga tentang diri sendiri. Aku bukan pemuisi yg pandai mengarang, bukan juga blogger tegar yg sentiasa up to date. Tp aku suka menulis. Aku nk bermula menulis semula disini. Aku mula berfikir lebih baik menulis disini drpd aku merapu dekat twitter atau facebook. Kerana aku rasa bila aku menulis, tak de pun yg nk baca. Bg aku, aku menulis utk diri sendiri. Mungkin penggunaan bahasa skrg dah tak sama lagi. Manusia berubah. Terlalu banyak yg berlaku. Semoga kita istiqamah dlm melakukan sesuatu. Sampai sini dulu karangan aku utk pembuka bicara.
Subscribe to:
Posts (Atom)