Monday, March 10, 2014

Kekal

Aku tak mengharap yang paling sempurna. Aku juga tak mengharap hubungan ni terhenti setakat ni sahaja malah aku mengharap yang Allah s.w.t. akan memudahkan segala urusan kita. Aku tak harap kamu pergi saat aku masih memerlukan. Selagi masih di izinkan Allah s.w.t., selagi masih diperlukan oleh kamu, aku akan setia menanti dan menyokong kamu. Terima kasih sayang. ♥

Thursday, March 6, 2014

Takut

Ketakutan aku yang paling besar adalah kehilangan. Bagi aku, kehilangan ada dua jenis. Yang pertama, kehilangan adalah kematian. Yang kedua, kehilangan adalah terputus hubungan.

Bagi aku, dalam dua kehilangan ni, aku paling takut yang kedua. Bagi aku, kematian tu pasti jadi aku tau dia di mana dan aku tak perlu risau. Mungkin kita akan berjumpa di alam sana. Tapi saat kehilangan yang terputus hubungan tu aku memang cukup takut. Sebab aku tak pernah lupa dengan setiap orang yang pernah aku jumpa, yang aku kenal lebih-lebih lagi kalau yang kenal rapat dan akhirnya perhubungan yang tak dapat diteruskan lagi.

Setiap kali kehilangan terputus hubungan, setiap kali tu aku akan rasa down untuk beberapa ketika. Ianya bukan mengambil masa sehari dua, tapi mungkin berbulan dan bertahun bagi memulakan sesuatu perhubungan yang baru. Setiap dari manusia ni berbeza, jadi aku tak suka nak dibandingkan cara dan rasa aku dengan orang lain. Sekian.