Sayang, I dedicate lagu ni khas untuk you. I love you to the moon till back.
I give you my all. In Shaa Allah will be official to you on 25th October 2014.
Friday, September 12, 2014
Wednesday, April 2, 2014
Cemburu
Betul ke cemburu ni tandanya sayang? Macam-macam aku dengar kalau perihal cemburu ni kalau kat berita. Si polan tikam si polan sebab cemburu. Si polan bunuh diri kerana kecewa dengan si polan. Bagi aku cemburu tu memang la patut ada pada setiap orang, tapi biarlah mencemburui sesuatu yang baik. Besar topik harini. Sebab bila aku menulis sesuatu artikel, aku lebih cenderung nak betulkan diri sendiri dulu.
Dulu, aku memang seorang yang sangat cemburu. Mungkin faktor umur yang semakin mematangkan, jadi faktor cemburu sedikit sebanyak telah berkurangan. Tapi bukan hilang terus. Nanti orang cakap, tak sayang plak kalau tak cemburu. Hahaha. Cemburu yang rasional. Setiap orang tu berlainan, jadi berfikir lebih sikit macamane nk jadi rasional. Hehehe.
Monday, March 10, 2014
Kekal
Aku tak mengharap yang paling sempurna. Aku juga tak mengharap hubungan ni terhenti setakat ni sahaja malah aku mengharap yang Allah s.w.t. akan memudahkan segala urusan kita. Aku tak harap kamu pergi saat aku masih memerlukan. Selagi masih di izinkan Allah s.w.t., selagi masih diperlukan oleh kamu, aku akan setia menanti dan menyokong kamu. Terima kasih sayang. ♥
Thursday, March 6, 2014
Takut
Ketakutan aku yang paling besar adalah kehilangan. Bagi aku, kehilangan ada dua jenis. Yang pertama, kehilangan adalah kematian. Yang kedua, kehilangan adalah terputus hubungan.
Bagi aku, dalam dua kehilangan ni, aku paling takut yang kedua. Bagi aku, kematian tu pasti jadi aku tau dia di mana dan aku tak perlu risau. Mungkin kita akan berjumpa di alam sana. Tapi saat kehilangan yang terputus hubungan tu aku memang cukup takut. Sebab aku tak pernah lupa dengan setiap orang yang pernah aku jumpa, yang aku kenal lebih-lebih lagi kalau yang kenal rapat dan akhirnya perhubungan yang tak dapat diteruskan lagi.
Setiap kali kehilangan terputus hubungan, setiap kali tu aku akan rasa down untuk beberapa ketika. Ianya bukan mengambil masa sehari dua, tapi mungkin berbulan dan bertahun bagi memulakan sesuatu perhubungan yang baru. Setiap dari manusia ni berbeza, jadi aku tak suka nak dibandingkan cara dan rasa aku dengan orang lain. Sekian.
Friday, February 28, 2014
Pilihan
Dari kecik sampai besar, sampai sekarang, aku tak suka bila aku diberi pilihan. Sebab aku tamak. Kalau boleh aku tak nak pilih antara pilihan tu. Aku nak semua. So, kalau ada perkara yang membuatkan aku perlu membuat pilihan, aku akan biarkan je. Bila dah sampai masanya, aku akan tengok keadaan sekeliling berat ke arah pilihan yang mana. Maksud aku keadaan sekeliling tu adalah family dan situasi. Depends. Setiap orang tu kan berbeza. So, tolonglah jangan samakan situasi aku dengan korang. Aku tak suka ada perbandingan. Mungkin lumrah anak sulong. Kalau boleh semua nak dia yang menang. Nak plak style aku yang memang macam anak bongsu. Dah biasa dimanjakan. Tapi keluarga manjakan pun memang berpada-pada. Tak de lah sampai manja tahap tak boleh ditegur. Ok lah. Kita jumpa lagi di lain waktu.
Farah
Aku ada sorang officemate nama dia Farah. Dia sangat kecik dan comel. Baik pulak tu. Lepas tu dia buat keje punya la cepat. Celah gigi je dah boleh siap. Gila tak terror tu? Kau ada? Haha k bye.
Tuesday, February 25, 2014
Keyboard Warrior
Topik hot chat pagi ni kat hot fm adalah Keyboard Warrior. Terpanggil untuk mengulas, ada baiknya kita bincangkan isu ni. Kadang- kadang aku rasa manusia ni dia ingat Public Figure ni macam malaikat kot. Semua perkara pun kena nampak perfect. Kalau tak perfect pasti ada mulut yang mengata. Mengata kat sini maksudnya meluahkan di dalam media sosial macam facebook, twitter dan banyak lagi. Aku faham sebagai seorang yang dikenali ramai, banyak perkara yang do and don't. Tapi kita sebagai peminat ni apa la salahnya terapkan dalam minda, dia pun manusia biasa, biasa melakukan kesilapan. Beza dia mungkin bila dia tersilap je, takut ada segelintir peminat fanatik yang mengikuti cara dia. Apapun, setiap orang harus menilai diri masing-masing sebelum kita nak menghakimi orang. Ok? Jangan ada benci antara kita. Sekian.
Saturday, February 22, 2014
Love is...
Love is to be true, to be honest and to be loyal. Kenapa 3 perkara ni yg aku tekankan? To be true, membawa maksud menjadi diri sendiri. Ramai yg dlm tak sedar mencintai tp perlahan-lahan berubah menjadi org lain semata nk lebih dicintai. Tak perlu dihuraikan lagi, cukup anda sendiri faham.
To be honest, jujurlah dengan pasangan masing-masing walau kejujuran itu kadangkala berat utk diterima. To be loyal, kesetiaan tu penting dlm setiap perhubungan. Jagalah cinta dengan 3 perkara ini. InsyaAllah, panjang jodoh kita.
Lagi 1 aku nk pesan, bercinta tu biarlah berpada. Jangan sampai bila jodoh tak panjang, mula lah tak tentu arah. Kalau bercinta skalipun, janganlah kita terlupa pd yang Maha Esa (Allah s.w.t). Tanpa izin dari-Nya tak ke mana cinta kita tu. Jangan abaikan keluarga dan jangan sisih kawan-kawan.
Lagi 1 aku nk pesan, bercinta tu biarlah berpada. Jangan sampai bila jodoh tak panjang, mula lah tak tentu arah. Kalau bercinta skalipun, janganlah kita terlupa pd yang Maha Esa (Allah s.w.t). Tanpa izin dari-Nya tak ke mana cinta kita tu. Jangan abaikan keluarga dan jangan sisih kawan-kawan.
2014
Terasa dilahirkan semula. Dah lama aku tinggalkan bidang penulisan. Dlm pahit jerih memang teringat nk menulis, tp masa dan diri sendiri tak mengizinkan. Dalam tempoh yg senyap, aku belajar banyak benda sekeliling. Belajar juga tentang diri sendiri. Aku bukan pemuisi yg pandai mengarang, bukan juga blogger tegar yg sentiasa up to date. Tp aku suka menulis. Aku nk bermula menulis semula disini. Aku mula berfikir lebih baik menulis disini drpd aku merapu dekat twitter atau facebook. Kerana aku rasa bila aku menulis, tak de pun yg nk baca. Bg aku, aku menulis utk diri sendiri. Mungkin penggunaan bahasa skrg dah tak sama lagi. Manusia berubah. Terlalu banyak yg berlaku. Semoga kita istiqamah dlm melakukan sesuatu. Sampai sini dulu karangan aku utk pembuka bicara.
Subscribe to:
Posts (Atom)